Akaun pastiibnukhalduncl.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


Asma '(RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Bersedekahlah dan jangan berat memberikan agar Allah tidak memberi kamu dalam jumlah yang terhad; dan jangan menahan hartamu agar Allah tidak menahannya dari kamu. Bersedekahlah semampu kamu.”

(Bukhari & Muslim)






ALHAMDULILLAH.. BERKAT SUMBANGAN TUAN/PUAN SEPANJANG TAHUN 2022, PASTI IBNU KHALDUN CHENGAL LEMPONG AKHIRNYA BERJAYA DISIAPKAN DAN TELAH MULA BEROPERASI TAHUN INI.


Gambar Bangunan Baru Pasti Ibnu Khaldun Hasil Sumbangan Tuan/Puan


Rumah Sewa Lama Pasti Ibnu Khaldun tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah


JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRAN TUAN/PUAN. KAMI WARGA PASTI MENDOAKAN SEMOGA TUAN/PUAN DIBERIKAN UMUR YANG PANJANG DAN KESIHATAN YANG BAIK SENTIASA.AAMIIN..


NAMUN BEGITU, WALAUPUN PEMBINAAN BANGUNAN PASTI IBNU KHALDUN TELAH SIAP SEPENUHNYA, KAMI MASIH MEMERLUKAN DANA BAGI: 

 1. PEMBINAAN KANOPI KEKAL - UNTUK RUANG MAKAN PELAJAR 

 2. BAYARAN BALIK HUTANG KOS PEMBINAAN 

 3. PEMBELIAN FASILITI SEKOLAH 



 1. PEMBINAAN AWNING/KANOPI KEKAL 

Alhamdulillah..Pembinaan Bangunan 3 Tingkat PASTI Ibnu Khaldun yang dilancarkan sejak dua tahun lepas telah 100% Siap. Namun, kami masih memerlukan dana untuk membina awning untuk ruang makan pelajar (fungsinya seperti sebuah kanopi).

.

 ANAK-ANAK INI MAKAN DALAM KEADAAN BERPANAS DAN BERSEMPIT DI BAWAH 1 KANOPI SEMENTARA YANG KECIL...  


Gambar sebahagian pelajar lelaki makan di bawah panas mentari


Keadaan pelajar terpaksa bersempit makan di bawah 1 kanopi kecil


Gambar kanopi sementara yang digunakan sekarang

Tuan/Puan,

Sehubungan dengan itu, kami merancang untuk membina 1 AWNING besar yang berfungsi seperti sebuah kanopi kekal bagi para pelajar.

.
Di bawah ruang awning ni nanti bukan sahaja boleh digunakan untuk ruang makan pelajar, tetapi boleh juga dimanfaatkan untuk program2 dan acara yang melibatkan ibu bapa dan orang awam. 

Awning yang dicadangkan:  Terbuka sahaja dengan ketinggian 10-12 kaki dari lantai.

.

Berikut disertakan gambar dan material awning yang dicadangkan untuk rujukan Tuan/Puan:


Lokasi Ruang yang akan dibina Awning ini adalah di belakang bangunan Pasti Ibnu Khaldun

 

Gambar jenis material awning yang akan digunakan

Untuk makluman Tuan/Puan,kanopi sementara yang digunakan sekarang amatlah berisiko kepada para pelajar memandangkan sebelum ini apabila ribut semasa hujan melanda, kanopi berkenaan runtuh, patah dan koyak.


Gambar kanopi sementara yang tidak kukuh

Oleh yang demikian, Kami sangat-sangat memerlukan dana pembinaan Kanopi Kekal ini segera  demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada para pelajar. 


 2. BAYARAN BALIK HUTANG KOS PEMBINAAN 

&

 3. PEMBELIAN FASILITI SEKOLAH 

.

Untuk makluman Tuan/Puan, semua kos pembinaan Pasti Ibnu Khaldun bergantung 100% melalui infaq wakaf orang perseorangan serta sumbangan bulanan oleh para ibu bapa pelajar PASTI.

.
.
Oleh yang demikian, kami merayu sumbangan Tuan/Puan untuk:

 Menyelesaikan Hutang 
- Untuk makluman Tuan/Puan, dalam memastikan pembinaan PASTI ini berjalan lancar dan cepat, terdapat beberapa individu  sudi  mendahulukan wang  mereka (jumlah terkumpul RM300,000) untuk dibayar kepada pihak kontraktor.  

  WAKAF PEMBINAAN PASTI IBNU KHALDUN  
  JUMLAH HUTANG RM300,000  

.
.
.

 Pembelian Fasiliti Sekolah 
- Bagi memulakan operasi di bangunan baru, alatan sekolah seperti kerusi, meja, whiteboard, papan kenyataan, alat pemadam api (aspek keselamatan) dan lain-lain perlu disediakan untuk para pelajar.

 LATAR BELAKANG PROJEK WAKAF SEKOLAH PASTI IBNU KHALDUN 

Sekolah Pasti Ibnu Khaldun ini terletak di Kampung Chengal Lempong, Balok, Kuantan, Pahang.
Sebelum ini, operasi sekolah Pasti dibuat di rumah sewa. Maka, segala proses pembelajaran dan aktiviti para pelajar PASTI semuanya dilaksanakan di kawasan premis yang disewa.
.
Namun begitu, saban tahun,  premis sedia ada tidak mampu menampung  jumlah pelajar yang semakin meningkat.
.
Alhamdulillah, seorang hamba Allah telah mewakafkan  sebidang tanah bagi membina sebuah bangunan baru khas bagi  pelajar PASTI supaya ianya lebih kondusif dan selesa serta selamat bagi para pelajar dan guru-guru melakukan aktiviti pembelajaran.






Oleh itu, sudilah kiranya Tuan/Puan  teruskan berwakaf  bagi memastikan 3 Keperluan ini dapat diselesaikan :
1. Pembinaan Kanopi Kekal
2. Bayaran Balik Hutang Kos Pembinaan
3. Pembelian Fasiliti Sekolah

 AYUH BERWAKAF / HADIAHKAN PAHALA WAKAF UNTUK IBU BAPA 

" Apabila mati seorang manusia terputuslah daripadanya amalannya kecuali 3 perkara   Sedekah Jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."  (Riwayat Muslim)

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: 
"Ulama telah mentafsirkan perkataan 'sedekah jariah' dalam hadis di atas itu dengan maksud "wakaf" , seperti mana kata Imam al-Rafi'i.  Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya , sedangkan sedekah yang lain , pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf." (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)

 Salurkan wakaf Tuan/Puan kepada pembinaan Pasti Ibnu Khaldun Chengal Lempong dengan pakej: 

Gold : RM500
Silver : RM300
Bronze : RM100
Ikhlas : RM50
Murni : RM10


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Bank: Bank Muamalat

No. Akaun: 06010004052710

Penama: PASTI IBNU KHALDUN CHENGAL LEMPONG

Letakkan reference  "PASTI"   untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

" Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai , pada setiap tangkai ada seratus biji Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui"
Surah Al Baqarah : 261 

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan.

Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi : 
i)  +6019-338 4339  (Mohd Firdaus)
ii)  +6019-989 8311  (Wan Ismail)
iii) +6013-930 5577 (Azhar Mahmud)